Nasional

Ramalan Netizen : PKP Wajib Dihentikan Agar Alasan Wajib Suntik Vaksin Boleh Dilaksanakan?

Netizen meramal tindakan kerajaan yang tidak meneruskan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang akan berakhir 4 Februari ini ibarat satu ‘peluang hitam’.

‘Peluang hitam’ yang dimaksudkan adalah orang ramai kembali bebas dengan ‘pematuhan SOP’ namun tanpa sedar angka kes Covid-19 semakin mencanak-canak.

Melihat perkembangan kes semasa, angka yang terpapar adalah sesuatu yang wajar dirisaukan namun dari pihak kerajaan, adakah kerisauan masyarakat boleh diredakan?

Bila Nak Suntik Vaksin?

Bercakap tentang vaksin.. vaksin adalah sejenis mekanisme perubatan yang dicipta bukan untuk menghapuskan atau mematikan virus yang sedang tersebar.

Sebaliknya vaksin dicipta untuk mencegah, membendung serta mengawal virus tersebut daripada terus aktif dalam tubuh manusia untuk tempoh masa tertentu.

Melihat trend luar negara, sudah ada beberapa pemimpin menjadi contoh dunia bahawa ‘mereka’ ketika ini masih selamat selepas disuntik vaksin.

Namun di Malaysia.. kerajaan hanya mengumumkan bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama akan diterima penghujung Februari ini.

Tarikh sebenar bila rakyat akan mula menerima suntikan vaksin tersebut masih menjadi tanda tanya namun netizen meramalkan sesuatu yang maha dahsyat.

Angka Mesti Tinggi ‘Gila Babi’

Untuk memastikan proses dan perancangan rakyat wajar disuntik vaksin haruslah disusuli dengan kes Covid-19 yang mencanak ‘gila babi’.

Jika masalah Covid-19 ini dapat diselesaikan dengan baik seperti pada PKP yang terdahulu, maka alasan untuk mewajarkan rakyat menerima vaksin sudah tentu ‘longgar’.

Yang netizen kasihan.. barisan petugas kesihatan yang masih belum sempat berehat dalam perjuangan membendung penularan wabak ini.

Sampai bilakah semua ini berakahir? Wuallahualam!

Kredit : Amaruf Stopa

P/s : Artikel di atas tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka sebaliknya 100 peratus daripada penulis asal. Anda ada artikel menarik yang ingin Suara Merdeka siarkan? Whatsapp ke 010-5271957.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button