Ekonomi

Ramai selebriti akan buka booth jualan Retro Raya di MAPS Serdang

SEMPENA persediaan menyambut Aidilfitri, Berqat Media Sdn. Bhd. dengan keriasama MARDI Corp menganjurkan NOSTALGIA RETRO RAYA yang akan diadakan selama 10 hari bermula 7 April 2023 sehingga 16 April 2023 di Dewan D, MAPS Serdang, Selangor .

Bertemakan ‘Menggamit Memori Indah’, acara 10 hari ini akan membawa anda mengimbau kembali suasana menyambut Aidilfitri di era 70, 80 dan 90an dengan pelbagai jualan dan aktiviti menarik.

NOSTALGIA RAYA

Lebih 60 peniaga akan menyertai acara inI yang menawarkan pilihan barangan, pakaian dan kuih-muih untuk para pengunjung membuat persediaan Aidilfitri.

Terdapat juga jualan oleh para artis dan selebriti yang turut memeriahkan sepanjang acara berlangsung, antaranya – Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin yang menjual pelbagai persiapan raya dari pakaian hingga kuih raya.

Nostalgia Retro Raya bukan sahaja menawarkan suasana yang menggamit memori, penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli belah, kemudahan awam yang baik seperti tandas, surau dan mesra pengunjung kurang upaya selain menawarkan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.

Apa yang pasti, Nostalgia Retro Raya mahukan pengunjung membeli belah dengan ceria dan selesa. – SM 

Artikel berkaitan > MAHA BUFFET saji 200 jenis menu Ramadan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button