BeritaPolitik

Ramai melobi mahu jadi PM-8 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Siapa lagi yang mahu menjadi Perdana Menteri?

Persoalan ini mungkin timbul dalam kalangan umum selepas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa ramai yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-8.

Menerusi akaun Twitternya, Annuar juga meminta para pemimpin politik khsusunya dalam kerajaan supaya utamakan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dahulu.

” Ramai betul orang melobi nak jadi Perdana Menteri ke-8 rupanya… mmacam-maca gaya… sampai lupa PM7 masih ada.

“Dulu tak pernah mcm ni…BOLEH TAK TOLONG FIKIR MCM MANA NAK MUAFAKAT SELESAIKAN MASAALAH RAKYAT DULU?..wamakaru wamakarallah..WALLAHUKHAIRULMAAKIRIN,” ciapnya.

https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1204183934679932928?s=19

Justeru,  siapakah mereka yang dikatakan sedang melobi untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya?
Umum tahu,  ahli politik kategori heavyweight,  Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut akan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas perjanjian dimeterai dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir pula dilihat masih lagi berteka-teki sama ada akan memberi laluan kepada Presiden PKR dalam tempoh dua tahun atau akan memegangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Senario menjadi lebih menarik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun, Yusoff Rawther dalam satu sidang akhbar mengaku telah diserang secara seksual oleh seorang ahli politik veteran.

Malah, ketika hadir memberi keterangan di Bukit Aman selama tujuh jam, Yusoff hadir ditemani Datuk Mohamed Haniff Khatri iaitu seorang peguam yang juga peguam peribadi Dr. Mahathir.

Selain itu, rakyat Malaysia secara umum juga tahu wujud ketidaksefahaman yang timbul apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan tidak sebulu dengan Presiden partinya.

Kajian Ilham Centre

Selain kemelut yang berlaku dalam PKR, terdapat suatu kajian dikeluarkan oleh Ilham Centre bahawa PH bakal berhadapan dengan masalah besar sekiranya Adun Rantau itu dipilih sebagai ketua bagi mengemudi jentera Barisan Nasional / Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU-15.

http://bit.ly/38hjPL

Kata Ketua Penyelidiknya, Dr. Mohd. Yusri Ibrahim, Tok Mat mempunyai karakter unggul selepas penilaian dibuat terhadap kepimpinan beliau sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019) berlangsung. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button