Nasional

Rakyat ucap tahniah kerajaan stabilkan harga khinzir

Cadangan untuk mengawal kestabilan harga makanan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu pertemuan telah diadakan bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin pada Selasa.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan komited dalam meneruskan kerjasama rentas kementerian. MAFS dan KPDN akan memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil demi kesejahteraan rakyat.

Komen orang ramai sangat positif di atas keprihatinan kerana cakna keperluan semua kaum.

Justeru kerajaan juga disaran mencari penyelesaian masalah harga telur dan ayam yang tidak terkawal.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button