Politik

Rakyat rindukan negara yang aman, tenteram dan kerajaan yang berfungsi

Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional

SEJAK tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) politik di negara ini semakin tidak menentu sehingga kesejahteraan rakyat telah banyak diabaikan.

Percakaran pemimpin politik tidak mengenal surut menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal berfungsi sehingga dilabel sebagai kerajaan yang gagal kerana masing-masing mempunyai perjuangan yang berbeza yang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi dan matlamat parti politik masing-masing.

Keghairahan membolot kuasa dan menyediakan ahli keluarga sendiri dalam parti dan kerajaan menyebabkan mereka bercakaran sesama sendiri.

Negara tidak ditadbir dengan baik, sebaliknya individu dilantik dalam kalangan mereka yang tidak berwibawa tetapi lebih kepada untuk mendapatkan sokongan semata-mata.

Menteri-menteri bidan terjun memeningkan rakyat dan akhirnya terpaksa menguruskan kehidupan tanpa dipedulikan oleh orang politik yang mereka pilih sebagai wakil rakyat.

Wakil rakyat ini pula bagaikan sudah boleh menghidu hayat mereka tidak akan mampu bertahan lama di dalam kerajaan berlumba-lumba mengaut laba.

Akhirnya para pemimpin terpaksa mengambil keputusan yang tidak popular iaitu mengulingkan kerajaan yang gagal dan membentuk pakatan baharu yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

PN kini menjadi platform yang dapat mengembalikan kerajaan yang berfungsi dan setakat ini rakyat majoriti berpuas hati dengan usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19 dan kesan kepada ekonomi negara.

Hari ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti-parti politik. Ke arah itu, Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional telah dirangka dengan tujuan-tujuan berikut:

● Memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa;

● Memastikan suatu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif serta bertaraf dunia yang menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara;

● Memperkukuhkan semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat MA63;

● Memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara; dan

● Memperkukuh Perikatan Nasional melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan kepada sikap dan sifat saling hormat-menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budayademi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

– YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin-Presiden Bersatu
-YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi – Pengerusi BN
-YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang-Presiden PAS
-YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg – Pengerusi GPS
-Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili-Presiden PBS
-Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan- Presiden STAR

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button