Nasional

Rakyat perlu bijak jaga kesihatan diri – Raja Muda Perlis

Rakyat hendaklah menghargai kesihatan diri dan sentiasa membuat keputusan dengan bijak supaya sihat sepanjang hayat.

Sesungguhnya kebersihan dan kesihatan diri merupakan tanggungjawab semua demi kepentingan bersama sesuai dengan impian ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’.

Tangan handaklah dicuci sebersih-bersihnya dengan sabun dan air selepas ke tandas, sebelum menyedia dan menghidang makanan serta sebelum makan.

Persekitaran hendaklah sentiasa bersih, hanya pilihlah kedai makan dan pengendalian makanan yang bersih, buang sampah dengan cara yang betul yakni dengan mengikat beg plastik dengan kuat dan kemas serta masukkan beg plastik ke dalam tong sampah dan tutup dengan rapat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan majlis simbolik penyerahan sangkar kitar semula bersempena ‘Program Pembudayaan Amalan 3R SWCorp dengan kerjasama Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis yang diadakan di Galeri DiRaja Arau.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Sulit Kanan DYMM Tuanku Raja Perlis, Hazwan Nizam Fadil dan Setiausaha Sulit DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Zaharin Haris.

Hadir sama ialah Pengarah SWCorp Negeri Perlis Shamsuharizal Basir dan Pengurus Perkhidmatan Environment Idaman Sdn. Bhd Perlis, Ibrahim Shaari serta

Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan orang ramai untuk mengenali tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam serta juga luar rumah masing-masing dan hendaklah dimusnahkan tempat-tempat takungan air pada setiap sekali minggu.

Sementara itu, Shamsuharizal menyembah maklum bahawa sangkar kitar semula yang dibekalkan berkenaan berfungsi sebagai medium penyimpanan sementara barangan kitar semula sebelum di pungut oleh pihak syarikat E-Idaman Sdn Bhd. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button