Luar Negarapilihan

Rakyat Iran beri penghormatan terakhir kepada Ebrahim Raisi

RAKYAT Iran memenuhi jalan-jalan utama di negara itu terutama di ibu negara Tehran pada hari Rabu (22 Mei) bagi memberikan penghormatan terakhir pada hari pengebumian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya, yang maut dalam nahas helikopter.

Di pusat bandar, orang yang berkabung memegang potret Raisi berkumpul di dalam dan sekitar Universiti Tehran, di mana pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengimami sembahyang jenazah.

Diapit oleh pegawai atasan, Khamenei mengetuai solat jenazah untuk Raisi dan juga Menteri Luar Negeri Hossein Amir-Abdollahian.

Ketua kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh turut menyertai solat jenazah itu bersama ketua Hizbullah, Naim Qassem.

“Saya katakan sekali lagi… kami yakin Republik Islam Iran akan meneruskan sokongannya kepada rakyat Palestin,” Haniyeh memberitahu orang ramai sambil melaungkan “Matilah Israel”.

Helikopter Raisi terhempas di lereng gunung yang diselubungi kabus di barat laut Iran pada hari Ahad ketika dia kembali ke bandar Tabriz selepas menghadiri majlis di sempadan dengan Azerbaijan.

Operasi mencari dan menyelamat yang besar telah dilancarkan, melibatkan bantuan daripada Türkiye, Rusia dan Kesatuan Eropah. Televisyen negara mengumumkan kematian Raisi pada awal Isnin.

Raisi, yang dijangka menggantikan Khamenei sebagai pemimpin tertinggi, berusia 63 tahun.

Di ibu negara, sepanduk besar telah dipasang menyebut mendiang presiden sebagai “syahid perkhidmatan”, manakala yang lain mengucapkan “selamat tinggal kepada hamba orang yang kurang bernasib baik”.

Penduduk Tehran menerima mesej telefon yang menggesa mereka untuk “menghadiri pengebumian syuhada”.

Dari universiti, keranda dibawa ke Dataran Enghelab di pusat bandar dan seterusnya ke Dataran Azadi, kata media kerajaan.

Raisi dipilih sebagai presiden pada 2021, menggantikan Hassan Rouhani pada masa ekonomi terjejas oleh sekatan AS yang dikenakan ke atas aktiviti nuklear Iran.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button