Nasionalpilihan

Atlet kayak, Siti Nurul Masyitah masih di ICU, perlu pembedahan susulan

Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah, 22, yang parah dirempuh kenderaan dipandu pemandu mabuk baru-baru ini masih di rawat di unit rawatan rapi (ICU).
Malah dia juga dijangka bakal menjalani beberapa pembedahan susulan terutama pada bahagian bahu dan tulang pelvis dalam tempoh terdekat.
Abangnya, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, memberitahu, Masyitah sebelum ini selamat menjalani tiga pembedahan di Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri dekat sini.
“Semalam Uda (panggilan keluarga mereka untuk Masyitah) perlu menjalani pembedahan bagi menutup luka pada bahagian belakang badan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) itu terlibat kemalangan di Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada 11 Mei lalu.
Kemalangan itu berlaku selepas anak kelima daripada lapan beradik itu dirempuh pemandu mabuk dan diseret sejauh kira-kira 100 meter.
Masyitah mula terlibat dalam sukan pelayaran itu seawal usia 14 tahun, tahun lepas beliau mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa Sukan SEA Kemboja dan menyumbangkan empat Emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2022. – SM
(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button