EkonomiNegeriRencah Hidup

Raja Puan Muda rasmi penutup program WiSE ‘Journey To The Top’

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan merasmikan penutupan Program Women In Search of Excellence (WiSE) ‘Journey To The Top’
di Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis, Kangar, petang semalam.

Keberangkatan tiba Baginda ke program sehari yang merupakan usaha sama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA Datuk Zulfikri Osman dan Pengarah MARA Negeri, Mohd Azam Jamaluddin.

Sempena dengan program WiSE ini juga diadakan seminar keusahawan secara dalam talian (webinar) YTF kali Ke-18.

Baginda juga berkenan melawat ke reruai pameran MARA, Tayangan Multimedia merangkumi aktiviti seminar dan simbolik perasmian penutupan, Tayangan Montaj, Pengurniaan empat Sijil Usahawan MARA serta pertunjukan ‘MARA In Fashion’.

Sementara itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penasihat YTF telah berkenan berangkat melancarkan perasmian program berkenaan pada sebelah pagi.

Baginda bertitah, dengan perkembangan teknologi digital terkini telah membawa kepada perubahan dalam model perniagaan sedia ada dan penciptaan baharu, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu, serta peningkatan kecekapan dalam proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing.

“Peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital amat penting dalam mempercepat pertumbuhan ekonomi setempat dan nasional, dengan tenaga penggerak kebanyakannya terdiri daripada usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” titah Baginda.

Titah Baginda, ekonomi digital juga mampu mewujudkan pelbagai peluang perniagaan serta pekerjaan, sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat secara menyeluruh, termasuk di luar bandar. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button