Nasional

Raja Puan Muda Perlis rasmi pusat latihan dan bimbingan keusahawanan Kolej Komuniti Raub

RAJA Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahren Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Pusat Latihan dan Bimbingan Keusahawanan Kolej Komuniti Raub di Raub, Pahang pada sabtu tengahari.

Menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pengarah JPPKK, Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub, Pegawai Daerah Raub, Datuk Muhammad Shahid Ismail dan Pengarah Kolej Komuniti Raub, Mohammad Azwan Ja’afar.

Tuanku Raja Puan Muda berangkat ke Raub sempena program berbasikal ‘Mousang Ride @ Kolej Komuniti bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail 2020’.

Baginda turut berkenan menyaksikan sesi persembahan cara-cara menghasilkan ‘Decorative Bags’, ‘Cheese Tarts’, ‘Fashion Illustration’ dan juga ‘Soft Toys’ oleh para pelajar selain melawat Pusat Usahawan (E-Tech) kolej berkenaan.

Terdahulu, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan singgah bagi menyantuni para penghuni Perkampungan Ibadah Warga Emas Islam Raub.

Tambah istimewa di program tersebut ialah keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tuanku Raja Muda Perlis.

Ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas program tersebut, Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis singgah bagi melawat destinasi pelancongan Tanah Aina Farrah Soraya di Raub.

BACA JUGA:

Pemangku Raja Pahang dan Raja Muda Perlis berkayuh basikal serta santuni rakyat di Raub

http://bit.ly/37sB6zX

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button