Negeri

Raja Perlis terima mengadap Pengerusi Kor RRD

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap oleh Pengerusi Kor Rejimen Renjer DiRaja (RRD), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A.Wahab di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar baru-baru ini.

Abdul Rahman kini memegang tampuk sebagai Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (TDM) mewakili seluruh warga RRD mempersembahkan ucapan selamat sembuh kepada Tuanku Raja yang juga merupakan Kolonel Yang DiPertua bagi Rejimen Renjer DiRaja Tentera Darat Malaysia. Baginda selamat menjalani pembedahan kaki pada 27 Mei 2024 baru-baru ini di HTF.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Pemangku Raja Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah isteri Abdul Rahman, Datin Zarina Alif dan isteri kepada Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan TDM, Brigedier Jeneral Shamsor Hj Jaafar iaitu Parida Hassan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button