Negeri

Raja Perempuan Perlis zahirkan ucapan terima kasih atas doa, ucapan hari keputeraan baginda

RAJA Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada kaum kerabat DiRaja, para sahabat handai dan juga seluruh rakyat negeri Perlis yang dikasihi atas doa dan ucapan berterusan sempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke-78 pada semalam iaitu 6 Jun 2024 bagi tahun ini.

Demikian titah Baginda selepas meraikan bersama-sama dengan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pada semalam.

Berangkat sama adalah Pemangku Raja Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda-anakanda Baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menyentuh mengenai program-program webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama pelbagai organisasi sejak 2021 yang lalu, Baginda selaku Penaung DiRaja amat berbangga menyaksikan sumbangan dan pencapaian yang memberangsangkan daripada semua wanita hebat yang terlibat, baik sebagai panelis forum ataupun ahli akademik dan pemain industri yang telah menjalankan peranan yang amat penting sebagai pemangkin pembangunan masyarakat yang sejahtera.

Kejayaan yang dicapai menunjukkan bahawa wanita sesungguhnya bukan hanya berperanan sebagai pelengkap, malah terbukti menjadi tulang belakang yang memacu pembangunan negara yang maju dan berdaya saing.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button