Nasional

Raja Perempuan Perlis berangkat merasmikan majlis ‘Gala Kebaya Perlis’

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat merasmikan majlis ‘Gala Kebaya Perlis’ yang diadakan di Dewan Warisan, Jalan Kolam, Kangar.

Keberangkatan baginda disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Asmaiza Ahmad.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang diiringi sama anakanda-anakanda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis berhasrat untuk memperkenalkan kembali Kebaya Perlis serta memartabatkan budaya pemakaian di kalangan masyarakat di negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button