Negeri

Raja Muda Perlis berangkat menghadiri ‘Forum Perdana Ehwal Islam Khas bersempena Hari RTM Ke-75

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri ‘Forum Perdana Ehwal Islam Khas bersempena Hari RTM Ke-75’ dengan tajuk ‘Hiburan vs Agama’.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Perlis yang diadakan di Masjid Al Muqarabbin Behor Empiang, Kangar itu disambut oleh Ketua Bahagian Rancangan, Nur Suriawaty Abdul Nasir.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ruzaini Rais dan Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis Ibrahim Deris.

Program selama 75 minit tersebut ialah sebahagian daripada inisiatif yang dilaksanakan di seluruh negara secara serentak bertemakan ‘Evolusi Dakwah’. Di peringkat negeri Perlis program ini dimoderatorkan oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar bersama DJ Iqbal.

Panel-panel penceramah undangan adalah Prof. Madya Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Prof. Madya Dr. Huzili Hussin.

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button