NegeriRencah Hidup

Raja Muda rasmi Bazaar Raya Karnival Jualan Ihsan Rahmah Madani

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Mohd Shukri dan Norazah di reruai menawarkan insentif e-wallet untuk pengunjung sempena Bazaar Raya Karnival Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Bazaar Raya Karnival Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Karnival ini dianjurkan oleh Mokti’s dan MyUS Group Of Companies dengan kerjasama rakan strategik iaitu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengasas Mokti’s, Pengiran Muhammad Adil Awang Iskaderzulkarnain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn Bhd, Datuk Nellsen Young dan Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar dengan penaja dan usahawan semasa pelancaran Bazaar Raya Karnival Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim dan CEO Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut melapangkan masa melawat rerurai SLT Sdn Bhd dan juga KPDN Perlis dan beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir.

Bazar raya ini mula beroperasi pada 12 Mac lalu dan akan berakhir pada lewat malam sebelum Hari Raya pertama.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan disembahmaklum pada salah sebuah reruai yang dilawati pada Bazaar Raya Karnival Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Ia melibatkan lebih daripada 100 usahawan yang menjual pelbagai barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri serta juadah makanan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button