AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Muda, Raja Puan Muda hadir Program MAIPs Peduli Khas di Phang Nga

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang disaksikan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit MAIPs Peduli kepada tiga penerima di Phang Nga, Thailand.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Program MAIPs Peduli Khas di Phang Nga, Thailand.

Program berkenaan diadakan sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai Baginda Bersama Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil MAIPs ke Wilayah Phang Nga dan Phuket, Thailand dari 26 hingga 28 April.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 50 kanak-kanak di Masjid Banyai, Phang Nga, Thailand.

Baginda berdua juga berkenan melawat ke rumah salah seorang dari tiga asnaf terpilih dari kariah Masjid Banyai, Phang Nga.

Han Bobthong, 84, yang sakit terlantar ini ditemani isteri ketika keberangkatan Baginda berdua ke rumah mereka.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan kanak-kanak yang menerima bantuan wang tunai RM200 setiap seorang di Masjid Banyai, Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai 5,300 Bath dan Kit MAIPs Peduli kepada setiap penerima. Kesemuanya diterima oleh isteri masing-masing.

Selain Han Bobthong terdapat dua lagi penerima iaitu Ronoa Thongchai, 99 dan Mainoi Prahyatsap, 104. Sumbangan yang diterima isteri masing-masing ini diadakan di pekarangan rumah Han Bobthong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sempat merakam foto ketika Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menyantuni seorang anak kecil di Masjid Banyai, Phang Nga, Thailand.

Sementara itu Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen juga berkenan menyampaikan sumbangan RM200 kepada 50 kanak-kanak terpilih dari kariah Masjid Banyai yang diadakan di masjid berkenaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button