Acara

Raja Muda, Raja Puan Muda hadir jamuan hari raya Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis

KANGAR 14 April – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Raikan Syawal Bersama Penghuni Institusi Kebajikan Dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Tahun 2025’ yang di adakan di perkarangan pejabat jabatan berkenaan di Kompleks Pentadbiran Jam Besar Kangar baru-baru ini.

Kemeriahan majlis sambutan Aidilfitri tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dapat dirasai apabila turut dihadiri sama oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan ramai barisan ketua jabatan dan pegawai pentadbiran negeri.

Duli-Duli Tuanku berdua telah berkenan melaksanakan simbolik pelancaran dengan menbuat ais kacang.

Lebih 10 gerai disediakan bagi menyajikan pelbagai hidangan istimewa antaranya Nasi Kakwok, Ayam goreng, Dalca, Acar Timun, Lemang dan ketupat dengan rendang, Kambing Grill, Ayam Grill, Dessert, Buah-Buahan Tempatan, Sate, Laksa dan Bihun Sup.

Selain menikmati hidangan yang lazat, para tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu bertemakan Aidilfitri.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button