Alam SekitarBencana alam

Raja Muda Perlis zahir penghargaan warga Perlis terlibat bantu mangsa banjir

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan penghargaan kepada semua warga Perlis yang terlibat terutamanya sebagai pasukan petugas serta para sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pahang. Baginda menghargai semua warga Perlis tidak kira di mana sahaja mereka berada yang telah berkorban dari segi tenaga, masa, mahupun sokongan moral dan banyak juga melalui penyaluran kewangan.

Kita dapat lihat dengan jelas perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama di mana ramai yang tampil kehadapan menghulurkan pelbagai bantuan baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Tambah baginda, difahamkan terdapat juga masjid dan juga rumah-rumah ibadat yang dijadikan pusat berkumpulnya mangsa banjir tanpa mengira kaum dan agama. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa bersama walau dalam suka mahupun duka.

Tuanku Raja Muda juga memuji sikap para sekarelawan yang tampil dari seluruh pelusuk negara untuk sama-sama membantu membersihkan rumah mangsa serta tempat-tempat awam daripada lumpur, sampah sarap serta pelbagai bantuan lain.

Pada masa yang sama, baginda turut menyeru rakyat Perlis untuk terus menyalurkan bantuan walau dalam apa cara sekalipun yang boleh secara langsung atau melalui badan-badan sukarelawan dan NGO yang terlibat meskipun negeri ini tidak terjejas oleh banjir pada kali ini. Inilah masanya untuk kita membalas budi baik mereka yang telah membantu kita berulang kali ketika negeri Perlis juga telah pernah dilanda banjir sebelum ini, tegas baginda.

Related Articles

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berharap agar sumbangan awal bernilai RM300,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) secara terus mahupun dengan kerjasama NGO-NGO akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa yang dibantu.

Juga, baginda menasihatkan supaya semua penduduk yang berada di kawasan berisiko sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa dari masa kesemasa.

Dalam perkembangan lain, baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkenan meluangkan masa singgah menyantuni asnaf Intan Taib, 76 yang tinggal bersama keluarga beliau di Kg. Wang Ulu dekat Kangar bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs baru-baru ini. Intan merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button