RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Shandong Longyi Aviation dan HR Hitech Sdn Bhd.
HR Hitech Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Woon Kah Hooi, Pengarah HR Hitech, Datuk Seri Zakwan Hafiz Ahmad Ansari dan Penasihat Utama HR Hitech, Datuk Hashim Jahaya di Hotel Seri Malaysia petang semalam.
Manakala Shandong Longyi Aviation Technology diwakili Pengarah Urusannya, Yang Ze Yun.
Sebelum itu ucapan dan MoU bagi syarikat yang berpengkalan di Cina ini telah dilakukan secara maya.
Hadir sama Jeneral (B) Tan Sri Dr. Abdul Aziz Zainal dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam
Perlis (KUIPs), Prof Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussain.
MoU ini akan membentuk kerjasama antarabangsa dalam membangunkan teknologi dron yang berkapasiti tinggi bagi tujuan pertanian dan logistik.
HR Hitech akan menjadi pengedar eksklusif bagi Longyi Aviation Technology di pasaran Asia Tenggara dan beberapa negara terpilih di Timur Tenggara.
Kilang pembuatan dan pemasangan dron akan dibangunkan di lokasi terpilih di Malaysia.
Sementara itu, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail dalam titah, “Hari ini bukanlah peristiwa yang sekadar menyaksikan perjanjian antara dua pihak,”.
Titah baginda, ia adalah simbolik kepada hasrat yang menggunung dan teguhnya perpaduan antara Cina dan Malaysia untuk sama-sama menangani isu global.
Baginda bertitah, kerjasama antarabangsa yang tersurat melalui teknologi ini dapat meningkatkan perdagangan, melipatgandakan output pertanian, penggunaan baja dan racun yang lebih efisien dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh. – SM