BeritaPendidikan

Raja Muda Perlis hadir persidangan maya antarabangsa anjuran UIA

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan satu persidangan secara alam maya berjudul “The International Conference on Languages, Education and Tourism 2021 (ICLET 2021)” pada isnin, 28hb Jun bersamaan 17 Zulkaedah 1442 Hijriah yang akan datang ini bermula jam 9:15 pagi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis
Tuanku Hajjah Lailatul Shareen Akashah Khalil telah berkenan untuk berangkat hadir bagi menerima persilaan daripada Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifili Abdul Razak dan seterusnya merasmikan majlis pembukaan persidangan melalui aplikasi Zoom tersebut.

Menurut pihak urusetia penganjuran iaitu Pejabat Kursi Jamalullail UIAM, tujuan persidangan ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan pendedahan dan peluang membentang kepada para pelajar, ahli akademik dan para penyelidik dalam persidangan peringkat antarabangsa ini supaya menjadi aktiviti pertukaran dan perkembangan keintelektualan dan juga jaringan perhubungan kepada semua pihak yang terlibat untuk menyokong dan bekerjasama dalam bidang bahasa, pendidikan dan pembangunan pelancongan.

Pihak penganjur juga penuh yakin bahawa sesungguhnya perkenan Tuanku Raja Muda Perlis berangkat bagi menyempurnakan titah perasmian di majlis yang termaksud ini akan menyemarakkan lagi kemeriahan dan kegemilangannya secara keseluruhannya jua.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button