Ekonomi

Raja Muda Perlis berangkat program Malam Baca Puisi VVIP Perlis

RAJA MUDA Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat meluangkan masa menyerikan program ‘Malam Baca Puisi VVIP Perlis’ yang diadakan di Kangar Street Art 2.0 baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke Kangar Street Art 2.0 yang menempatkan lukisan mural bertemakan tempat-tempat menarik di Perlis serta ikon-ikon tempatan yang pernah mewarnai bandar Kangar itu
disambut oleh Pengerusi Persatuan Pelukis Negeri Perlis Yaakob bin Abd Aziz serta ahli jawatankuasa beliau.

Sejurus berangkat tiba baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra satu persatu bersama barisan pelukis yang terlibat menyiapkan satu produk pelancongan terbaru di Bandar Kangar yang bertempat di kilometer 0, Jalan Penjara, Pusat Bandar Kangar itu.

Turut membuat persembahan istimewa di lokasi berkenaan yang telah berjaya mengubah persepsi lorong belakang kepada suatu produk pelancongan yang menarik itu ialah kumpulan kembar ‘Twinnies’ dengan lagu yang julung-julung kalinya diperdendangkan mereka kepada umum bertajuk ‘Anak Peghelih’.

Antara kenamaan yang tampil berpuisi dalam pelbagai bahasa dengan penuh berketerampilan pada malam tersebut adalah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Mufti, Penasihat Undang-Undang UniMAP dan Setiausaha Sulit DYTM Tuanku Raja Muda (Bahasa Melayu), Bekas Pendaftar UniMAP, Bekas Pegawai Jabatan Kesihatan dan Pegawai di Jabatan Pendidikan (Bahasa Inggeris), Wartawan Khong Wah Press (Mandarin), Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia Negeri Perlis dan Doktor di Klinik Kesihatan Kangar (Tamil), Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs (Arab), serta Ketua Polis Daerah Kangar (Campuran Bahasa Melayu dan Thai).

https://youtu.be/S-rZKjUAAcY

BACA JUGA: Duta Belgium kagum program santuni asnaf

https://suaramerdeka.com.my/duta-belgium-zahir-rasa-sungguh-luar-biasa-dan-menakjubkan-iringi-raja-muda-perlis-santuni-asnaf/

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button