HiburanMahkamah

Radhi OAG mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri

MUHAMMAD Radhi Razali, 45, atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri pada 19 April lalu.

Radhi dari kumpulan OAG membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memukul Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, di perkarangan rumahnya di Kota Damansara sekitar pukul 2.29 petang, pada 19 April lalu.

Kelmarin, tersiar berita seorang penyanyi lelaki ditahan selepas dipercayai memukul bekas isterinya.

Radhi OAG ditahan di rumahnya di Kota Damansara.

Pada 1 Julai 2019, Radhi pernah bercerai talak satu dengan Nur Shahira Ayu di Mahkamah Rendah Syariah.

Radhi pernah mendirikan sumah dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berrcerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 14 tahun. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button