Politik

Putra Perak buat laporan SPRM terhadap Ahmad Fayhsal

PARTI Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) Negeri Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Senator Wan Ahmad Fayhsal.

Laporan itu dibuat susulan sebuah video tular dalam media sosial berhubung kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dekat sebuah restoran.

Dalam video tersebut beliau dilihat berkempen bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pemilihan parti itu.

Namun dalam kempen tersebut beliau menawarkan kepada penyokongnya dengan pelbagai janji yang disifatkan bertentangan dengan etika pegawai kerajaan.

Malah, tindakan sedemikian juga seolah-olah menghidupkan semula budaya rasuah dan amalan salah guna kuasa dalam kerajaan.

BACA > Terima rasuah premis peniagaan: Tiga pegawai MBSA ditahan – Suara Merdeka

“Putra Negeri Perak merasa amat kecewa dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Ahmad Fayhsal.

“Kerana beliau yang juga pemimpin muda cuba membudayakan serta mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa bagi kepentingan peribadi.

“Selam ini, anak muda di luar sana terpekik melalungkan penolakan budaya rasuah terutamanya dalam kalangan pemimpin.

“Tetapi hari ini, wakil anak muda yang diangkat memegang jawatan diamanahkan dengan tanpa rasa segan silu berjanji sedemikian.”

Demikian kenyataan Setiausaha Penyelaras Putra Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian membantah tindakan dan kenyataan calon Ketua Armada Bersatu itu yang mahu menggunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri.

AHMAD FAHYSAL

BACA > Shukri nafi terlibat arahan batal pembekuan akaun ahli perniagaan – Suara Merdeka

Wan Ahmad Fayhsal yang juga merupaka Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa mengadakan pertemuan dengan penyokonggnya.

Menerusi video yang tular itu, beliau berjanji akan menggunakan kedudukannya untuk mengeluarkan surat sokongan kepada penyokongnya.

“Saya sebagai timbalan menteri dan Insha Allah Ketua Armada nasional akan permudahkan dengan bagaimana?

“Saya keluarkan surat sokongan, sebagai timbalan menteri, Ketua Armada.

“Dan saya akan buat salinan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin).

“Itu guna jawatan. Jawatan ini diberi untuk permudahkan kalian, bukan untuk saya seorang.

BACA > Bantuan tidak berakhir di sini… – Suara Merdeka

“Tetapi untuk bantu kalian, bantu saya juga. Pertama undilah saya 01,” kata Ahmad Fayhsal dalam video tersebut.

Dalam pada itu, menurut Azrul Suhadi lagi, Putra Perak kecewa dengan Bersatu yang selama ini berjuang sebagai anti-rasuah.

“Jelas menunjukkan beliau telah salah menggunakan kuasa dengan berjanji akan mengeluarkan surat sokongan yang akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri.

“Putra Perak amat merasa kecewa kerana parti Bersatu yang selama ini kononya memperjuangkan anti rasuah dan menolak kleptokrasi.

“Tetapi di dalam pemilihan parti mereka sendiri melalui ucapan secara terang terangan mengamalkan kleptokrasi.

BACA > Guan Eng, Betty: Tuduhan untuk pecah belahkan keluarga – Suara Merdeka

“Parti Putra menentang budaya dan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin politik Malaysia,” tegasnya. – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button