Hiburan

Puteri Sarah lega failkan saman di mahkamah

Isteri Syamsul Yusuf, akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenali ira kazar sehingga mengacau rumah tangganya selama empat tahun.

Dalam satu kenyataan Puteri Sarah, “tujuan sarah buat saman ini, kerana maruah yang sudah tercalar”

“Dia juga mencabar sarah, dia kata bila nak saman cepat sikit suruh peguam kau buat kerja, kami dah meluat”

Dan pada hari ini Puteri Sarah menfailkan dua saman ke atas individu tersebut.

“Selepas balik umrah dan buat solat istikaraj saya nampak jalan apa yang perlu saya nak buat, sarah buat untuk diri saya dan keluarga.

Puteri sarah sangat lega dengan apa yang dia lakukan. Keluarga Puteri Sarah dan keluarga mentuanya juga sangat menyokong dirinya dari belakang.

Ibu kepada cahaya mata dua orang anak, juga mengatakan dirinya pernah berbincang dengan ira kazar  di luar sebelum ini, tetapi masih juga diganggu.

“Balik dari umrah saya pertahankan keputusan saya, untuk mempertahankan perkawinan dan juga memperjuangkan hak Wanita dan hak sarah”

Sarah juga tidak mahu menangis seperti empat tahun yang sudah.

Terdahulu Puteri Sarah pernah membuat laporan polis terhadap ira kazar pada tahu 2020, dan memohon padanya, jangan gangu puteri sarah kerana dia  mahu bekerja dan jaga anak-anaknya.

Penguam yang mewakili Siti Sarah menasihati pada pihak ketiga diminta untuk berhenti mengangu anak guamnya.

Ira kazar yang merupakan anak pelakon senior, diperintahkan oleh mahkahmah seksyen 4 untuk hadir pada 4 Julai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button