Puteri Sarah dedah ada individu intipnya setiap hari
SESIAPA sahaja akan rasa terganggu apabila diintip setiap hari apatah lagi dengan niat yang tidak baik.
Begitu juga dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana yang memberitahu bahawa ada individu yang mengintipnya setiap hari.
Malah, bukan dirinya sahaja, individu itu juga menurut Puteri Sarah turut menganggu kakak iparnya, ibu mentua dan rakan-rakannya.
“Setiap hari awal intip (stalk) saya. Instagram saya sentisa terbuka.
“Maaflah, saya terlalu sibuk dengan keluarga, kerja dan perniagaan sampaikan tiada masa untuk buat perkara lain.
“Bukan macam awak, sampai terpaksa membuat akaun palsu untuk kacau saya. Sudah 2021, terimalah kalau buat jahat, Allah takkan izinkan awam menang,” katanya.
Puteri Sarah turut mempersoalkan individu tersebut yang seperti tidak tenang melihat kehidupannya kini.
Malah, isteri kepada pelakon dan penerbit filem, Shamsul Yusof itu turut menasihatkan supaya individu terbabit melakukan tahajud dan solat taubat jika merasakan diri tidak tenang.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi amaran untuk membuat laporan polis keluara individu terbabit jika berterusan menganggu kehidupan keluarganya. -SM