PTPTN rakam penghargaan, terima kasih kepada Maszlee
PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dr Maszlee Malik yang mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan
berkuatkuasa 3 Januari.
“Tanggungjawab besar sebagai Menteri Pendidikan adalah suatu amanah yang amat mencabar untuk sesiapa jua yang memegangnya.
“Saya yakin legasi beliau selama 20 bulan sebagai Menteri Pendidikan tidak akan
dilupakan,” kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan.
Katanya, mereka di PTPTN turut mengucapkan selamat maju jaya dan sesungguhnya ia bukan pengakhiran sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.
PTPTN merupakan sebuah agensi pembiayaan pendidikan utama negara di bawah Kementerian Pendidikan.
Harapan PTPTN agar Dr. Maszlee akan terus menyokong usaha PTPTN menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat sekali gus memastikan “Pendidikan Untuk Semua” sebagaimana yang telah beliau usahakan selama ini. – SM