Bola SepakSukan

PSG sedia tawar Messi kontrak dua tahun

PARIS Saint-Germain (PSG) mengorak langkah dalam usaha untuk meyakinkan Lionel Messi menyertai mereka pada musim panas ini. Kelab Perancis itu kini terdesak untuk memikat bintang Argentina tersebut meninggalkan Camp Nou yang bakal tamat kontrak pada 30 Jun ini, dan mereka bersedia menggunakan pengaruh kewangan yang dimiliki bagi memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

Menurut laporan TNT Sports Brazil, PSG bersedia menawarkan kontrak selama dua tahun kepada Messi.
Pasukan Liga 1 itu percaya gaji yang ditawarkan tidak mampu disaingi oleh kebanyakan kelab lain, termasuklah Bercelona sendiri.

PSG turut yakin cita-cita mereka seiring dengan keinginan Messi untuk memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi, dan ini disokong dengan kemampuan mereka mara ke perlawanan akhir musim lalu serta menempah slot separuh akhir pada penggal ini.

Minat PSG terhadap Messi bukanlah isu baru, tetapi bintang yang menyarung jersi No. 10 tersebut masih belum memberikan jawapan kepada Bercelona berhubung masa depannya dan kontrak pemain itu bakal berakhir dalam tempoh dua bulan lagi.

Difahamkan, kejayaan Barcelona merangkul trofi Copa del Rey dan berpeluang cerah memenangi gelaran La Liga diyakini mampu memujuk Messi untuk kekal bersama kelab Catalan itu.

Presiden Barcelona, Joan Laporta kini terdesak bagi mengekalkan pemenang enam kali Ballon d’Or itu dan sekarang sedang bekerja keras dalam menjayakan rundingan dengan Jorge Messi, bapa yang juga merangkap ejen kepada bintang Argentina itu.

Musim ini bakal berakhir dalam tempoh sebulan lagi, namun, perjalanan rundingan bersama Messi masih jauh.
Barcelona sedar mereka tidak mampu menyaingi tawaran lumayan yang mampu dikemukakan kelab lain, tetapi mereka bersedia melaksanakan projek jangka panjang yang diharapkan mampu memujuk kapten mereka itu kekal bersama pasukan. – Marca – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button