Ekonomi

PruBSN perluas tawaran perlindungan takaful melalui pelan berkumpulan yang boleh disesuaikan

Memperkenalkan PruBSN Group@Work untuk perlindungan warga kerja yang komprehensif dan fleksibel

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful keluarga nombor satu di Malaysia, telah melancarkan PruBSN Group@Work satu pelan takaful berkumpulan yang boleh disesuaikan, direka khusus untuk menyediakan perlindungan komprehensif dan fleksibel dengan manfaat penjagaan kesihatan kepada para pekerja serta ahli keluarga mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata bahawa pelan perlindungan fleksibel yang terbaharu ini adalah selaras dengan matlamat PruBSN untuk membantu lebih ramai orang memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan. “Situasi pandemik terkini telah meningkatkan kesedaran akan kepentingan perlindungan diri. Melalui pelan ini, kami ingin menyediakan akses kepada lebih ramai majikan dan pekerja untuk mendapatkan perlindungan kesihatan yang mampu milik, terutamanya dalam menghadapi musibah yang tidak dijangka. PruBSN Group@Work telah diperkenalkan dengan harapan untuk menyediakan penyelesaian takaful berkumpulan dengan ciri penyesuaian khas yang lebih fleksibel dengan rangkaian pilihan pelan yang menarik kepada para pekerja.”

Wan Saifulrizal Wan Ismail

Wan Saifulrizal turut berkongsi bahawa PruBSN sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan kumpulan. PruBSN Group@Work merupakan penyelesaian berkumpulan yang disesuaikan khas untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah-ubah bagi organisasi dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sehinggalah ke Syarikat Multinasional (MNC), serta pekerja dari sektor kerajaan mahupun swasta. “Penyediaan manfaat perlindungan pekerja serta ketenangan minda adalah asas kepada pengurusan tenaga kerja. Hal ini seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk terus berusaha dan menyumbang kepada perkembangan perniagaan.  Dengan PruBSN Group@Work, para majikan mampu untuk menyediakan manfaat yang lebih menyeluruh dan memastikan kesejahteraan para pekerja sentiasa terjaga,” tambah beliau.

PruBSN Group@Work merupakan satu pelan berkumpulan yang boleh diperbaharui pada setiap tahun, menawarkan lebih fleksibiliti dan boleh disesuaikan mengikut keperluan majikan. Pelan ini menyasarkan kumpulan pekerja yang lebih besar dari syarikat swasta mahupun institusi kerajaan.

Pada April tahun ini, PruBSN telah melancarkan PruBSN SME@Work, satu pelan pra-pakej yang direka untuk menyediakan mannfaat perlindungan menyeluruh dan penjagaan kesihatan kepada para pekerja dari sektor PKS serta ahli keluarga mereka di saat memerlukan. Manfaat tersebut dapat membantu ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kedua-dua PruBSN Group@Work dan PruBSN SME@Work menawarkan perlindungan bagi kematian dan Kehilangan Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam pelan asas. Sebagai tambahan, terdapat juga manfaat pilihan lain seperti Manfaat Berkumpulan bagi Kematian dan Kehilangan Upaya Akibat Kemalangan, Manfaat Berkumpulan bagi Penyakit Kritikal, dan Manfaat Berkumpulan bagi Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan. Bagi ahli dengan jumlah perlindungan RM60,000 ke atas, elaun ehsan akan dibayar sekiranya mereka meninggal dunia.

“Penyediaan manfaat seperti ini kepada para pekerja amat penting dalam pengurusan tenaga kerja kerana ia memberikan ketenangan minda kepada mereka. Ini seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk terus berusaha dan menyumbang kepada perkembangan syarikat. Kini, para majikan mampu untuk menyediakan manfaat yang lebih menyeluruh dan memastikan kesejahteraan para pekerja sentiasa terjaga,” tambah beliau.

Di samping itu, PruBSN juga menawarkan Keahlian PRUBiz Beyond kepada ahli korporat yang layak untuk menikmati kelebihan yang meliputi aspek kesihatan, kecergasan dan gaya hidup dengan akses kepada perkhidmatan perundingan profesional.

Untuk maklumat lanjut tentang PruBSN Group@Work dan PruBSN SME@Work, sila layari www.prubsn.com.my – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button