Ekonomi

Hutang statutori negara masih di bawah had dibenarkan

Paras hutang statutori negara telahpun mencecah 56.8 peratus namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibenarkan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan ruang fiskal yang terhad, Kerajaan tiada pilihan selain mengoptimumkan sumber pembiayaan sedia ada melalui rasionalisasi perbelanjaan, peningkatan hasil daripada ekosistem Kerajaan.

Ini termasuk penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) serta bersedia meningkatkan had siling Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19).

“Dalam masa yang sama, Kerajaan bersedia melonggarkan peraturan had hutang untuk menyokong pelan pemulihan ekonomi berdasarkan kemampuan keberhutangan negara.

“Oleh itu, Kerajaan akan mengusulkan di dalam Dewan yang mulia ini cadangan pindaan tersebut pada penggal akan datang,” kata Tengku Zafrul.

Beliau berkata demikian dalam Penerangan Menteri Kewangan berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, langkah bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan terutamanya berkaitan hasil adalah amat penting demi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan kembali kukuh dan berdaya tahan dalam tempoh jangka sederhana dan panjang. -SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button