Politik

PRU15: Muhyiddin Yassin kekal jadi calon PN di Pagoh

PRESIDEN Pakatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal bertanding sebagai calon Bersatu di Pagoh, Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman dibuat pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Perikatan Nasional di MITEC, Jalan Duta, malam ini.

Turut diumumkan bertanding di Gombak ialah Datuk Seri Azmin Ali manakala Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula bertanding di Larut, Perak.

Azmin merupakan Pengarah Pilihan Raya PN.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu bertanding di Tambun.

Kesemua calon dari Bersatu dan Ampang, calon muka baharu, Sasha Lyna Abdul Latif dicalonkan.

Nama Datuk Seri Rina Haron, Ketua Srikandi Bersatu turut diumumkan bertanding di Sepang.

Muhyiddin terdahulu berkata, PN bertanding di 169 kerusi Parlimen dan meletakkan calon 116 untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kecuali Kelantan dan Terengganu, calon PN yang bertanding menggunakan logo PAS.

“Lain-lain, simbolnya ialah Perikatan Nasional,” katanya.

Dari segi pembahagian kerusi, beliau berkata, PAS 64 kerusi Parlimen, Gerakan (20 kerusi), Bersatu (74) dan Bersekutu (11).

“Dewan Undangan Negeri, pembahagian kerusi di Perlis, Perak dan Pahang, PAS 57 kerusi.

“Gerakan 14, Bersatu, 41 dan Bersekutu, 4,” katanya.

Muhyiddin juga berkata, sama ada esok atau lusa, PAS akan mengumumkan nama-nama calon PN yang bakal bertanding di Kelantan dan Terengganu pada PRU15.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, rakyat perlu memberi mandat kepada PN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada 20 November.

“Rakyat perlu selamatkan negara daripada kleptokrasi, menolak puak-puak perasuah, kluster mahkamah dan yang tidak menyokong perjuangan bangsa Melayu.

“Rakyat tolak mereka yang khianati negara, merosakkan negara dengan rasuah, salah guna kuasa dan yang pergi ke mahkamah,” katanya.

Tambah beliau, jentera pilihan raya PN berada dalam keadaan siapiaga dan jangan tidur kerana bekerja bukan hanya untuk parti tetapi menjaga negara agar tidak kepada tangan puak-puak begini. – SM

 

(Visited 611 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button