Luar Negara

PRU Singapura: Hsien Loong lancar manifesto, slogan PAP

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini sebagai luar biasa kerana diadakan ketika republik itu berada dalam kancah krisis terburuk akibat ancaman Covid-19.

Semasa pelancaran manifesto kempen PRU Parti Tindakan Rakyat (PAP), beliau berkata, wujud keperluan mendesak untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan singapura berjalan lancar.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAP berkata, manifesto parti ketika ini adalah pelan jangka panjang untuk Singapura.

Bagaimanapun, kata Hsien Loong, memandangkan negara sedang berdepan dengan pandemik, tumpuan utama manifesto kali ini adalah untuk bekerjasama menangani krisis berkenaan.

Pelancaran manifesto dengan slogan kempen PAP kali ini, “Kehidupan kita, kerjaya kita, masa depan kita”,  kata Hsien Loong ketika mengumumkannya menerusi siaran langsung (penstriman secara langsung) di Facebook berikutan pandemik Covid-19.

Dengan pelancaran manifesto itu, kempen PAP kini bermula.

Ia antara lain turut mengumumkan 27 calon muka baharu yang disifatkan PAP sebagai gabungan hebat menampilkan profesional, usahawan, ahli perniagaan, wanita, pekerja sosial, kakitangan awam dan pegawai tentera.

Penamaan calon ditetapkan pada 30 Jun manakala hari pengundian pula pada 10 Julai ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button