Politik

Populariti Dr. Mahathir turun, sokongan PN naik

POPULARITI bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sokongan terhadapnya dilaporkan merudum dan paten penurunan itu dikatakan berlaku sejak pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Insiden-insiden politik sejak kebelakangan ini juga banyak menyumbang kepada penurunan tersebut termasuklah perletakan jawatannya pada Februari lalu.

Kemudian, apabila beliau memaklumkan mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi selapas berkata telah melakukan kesilapan yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh, sokongan terhadapnya terus menjunam.

Ketika dalam pasca PRU-14, sebab penurunan sokongan dan popularitinya dipercayai berpunca daripada prestasi kabinetnya.

Perkara itu disahkan, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azmi Hassan yang memaklumkan kemeruduman itu bukan sahaja berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

BACA > PRU Singapura: Hsien Loong lancar manifesto, slogan PAP — Suara Merdeka

Bahkan, sokongan terhadap daripada orang Melayu terhadap beliau juga berkurangan.

“Apabila beliau letak jawatan perdana menteri, populariti Dr. Mahathir semakin merundum dan ditambah persengketaan terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat pengaruh Mahathir terhadap pengundi Melayu bukan sahaja di luar bandar tapi di bandar juga berada dalam tahap yang agak minimum.”

Kata Azmi seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, sependapat dengan Azmi adalah pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rusdi Omar yang menyatan sentimen perkauman turut menjadi faktor penting.

Jumaat lalu, dalam temubual bersama portal berita Asia Times, Dr. Mahathir dilihat bermain dengan naratif perkauman berhubung pengagihan ekonomi yang dilihatnya masih tidak adil sejak beliau menjadi Perdana Menteri ke-4.

“Tahap populariti Tun M semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Tak sepatutnya beliau menggunakan sentimen Melayu-Cina bagi meraihkan popularitinya kembali.

“Sebelum ini orang Melayu hormat, tetapi bila beliau masih bercita-cita mahu jadi perdana menteri untuk kali ketiga macam ada something wrong dengan tindakannya.

BACA > Sekolah disaman hampir RM2 juta kerana kes buli — Suara Merdeka

“Politik Mahathir dah sampai penghujung bila mana Anwar dan PKR menolak pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga.

“Mungkin Mahathir ada agenda lain tak mahu Anwar jadi Perdana Menteri. Langkah Anwar adalah langkah tepat untuk tidak menerima Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi,” katanya lapor portal sama.

Sebelum ini, Dr. Mahathir mengumum mencadangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas melihat sokongan terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri seperti tidak ‘menjadi’.

Hal demikian susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tawaran dan peluang sekali lagi kepada beliau serta jawatan Timbalan Perdana Menteri yang ditawarkan.

Bagaimanapun, dalam pemilihan Presiden Warisan itu yang disifatkan sebagai ‘pilihan ketiga’, beliau akan digandingkan dengan Anwar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

BACA > Pemilihan Mohd. Shafie sebagai PM masih celaru — Suara Merdeka

Namun cadangan itu masih celaru kerana pimpinan DAP dan Amanah meminta keputusan tersebut dibawa ke Majlis Presiden PH. – SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button