Ekonomi

Proton sasar jual 2,500 unit sebulan model X50 2024

Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual sehingga 2,500 unit Proton X50 2024 yang baru dilancarkan setiap bulan, berdasarkan sambutan berterusan yang kukuh terhadap model sedia ada.

Timbalan ketua pegawai eksekutif Roslan Abdullah berkata Proton X50 mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak pelancaran model sebelumnya pada Oktober 2020, kekal antara model terkemuka Proton sehingga kini.

“Walaupun (2024) X50 kelihatan sama pada luaran, sebenarnya terdapat 20 penambahbaikan membabitkan bunyi, getaran dan kekerasan (NVH) untuk keselesaan pelanggan.

“Kami menekankan semula sistem keselamatan kenderaan yang membantu pemandu dan penumpang Proton X50,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Proton X50 2024 di sini hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button