Merrepak

Projek Magnum: Perkasa mohon Kerajaan perjelas dakwaan Raja Petra

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merujuk kepada pendedahan yang di buat oleh Raja Petra Raja Kamruddin yang mendakwa Agensi Kerajaan dalam konspirasi membeli teknologi dari Israel untuk mengintip segala gerak geri rakyat di Malaysia yang di kenali sebagai Projek Magnum.

Projek ini didakwa merupakan satu sistem tercanggih untuk mengintip aktiviti politik di Malaysia dan mengenal pasti rakyat yang bersama dengan Kerajaan atau tidak ketika ini dalam erti kata lain menjadi perisik Israel di Malaysia.

Perkara ini juga telah didedahkan oleh Mahkamah dan parlimen Israel bahawa Malaysia telah membelanjakan sejumlah wang untuk membeli teknologi itu dengan dibantu oleh agensi-agensi di bawah Kerajaan bagi tujuan untuk mengawasi segala gerak geri rakyat Malaysia.

Perkasa mendesak pihak Kerajaan tampil memberikan penjelasan terhadap dakwaan ini bagi memastikan keselamatan negara dan segala rahsia dan maklumat sulit Kerajaan tidak sampai dan jatuh ke tangan pihak luar.

Perkasa juga berharap pihak Kerajaan tidak diam membisu dan menjelaskan kedudukan sebenar pendedahan yang di buat Raja Petra kerana ianya melibatkan kedaulatan Negara yang tercinta

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Perkasa Malaysia

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button