Nasional

Program Ways Of Winning (WOW) sasar peserta b40, orang asli cemerlang SPM

Program Ways of Winning (WOW) anjuran empowerNCER Akademik @Perak dan Yayasan Petronas bagi Fasa 2 2022/2023 menyasarkan matlamat membantu pelajar dari golongan B40 dan golongan Orang Asli dalam peningkatan tahap akademik, motivasi dan sahsiah diri pelajar.

Program yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan
Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam
dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah
Hang Soon.

Prof Datuk Dr Md Amin menyampaikan cenderahati kepada Dr Mah.

Dalam ucapannya, Dr Mah mengucapkan terima kasih atas
kerjasama yang dibina bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
dalam membangunkan strategi pembangunan modal insan dari akar
umbi bagi membuktikan keperkasaan pendidikan Malaysia.

“Penglibatan UPSI dalam program ini membuktikan keupayaannya
berperanan membantu melahirkan modal insan yang mementingkan
pendidikan demi masa depan mereka,” katanya.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Program empowerNCER Akademik @Perak yang digerakkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dilaksanakan bermula dari tahun 2019 hingga tahun 2022.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI
sentiasa komited dalam mendepani isu pendidikan bagi memastikan
tiada murid yang tertinggal dalam mendapat peluang pendidikan.

UPSI, katanya, memiliki ramai tenaga pakar yang boleh bekerjasama
dengan mana-mana organisasi untuk membantu komuniti bagi
melonjakkan tahap pendidikan mereka.

Seramai 400 peserta terdiri murid dari Daerah Kinta melibatkan Se Sekolah Menengah Raja Chulan, Sekolah Menengah Aminudin Baki dan
Sekolah Menengah Simpang Pulai manakala Daerah Muallim dari Sekolah Menengah Khir Johari, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, serta Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkilfi Muhammad
mengikuti program Ways of Winning (WOW).

Senator Datuk Dr Mah Hang Soon bersama peserta Program Ways of Winning (WOW) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

Sepanjang program Ways of Winning (WOW) berlangsung dilaksanakan Program Eksplorasi STEM, Pengurusan Emosi dan Kerjaya, Pengayaan Diri Murid, Celik Seni Visual Melalui Alam Semula Jadi, Sukaneka, Malam Kebudayaan, Tahun 6 Akademik, Team Building, Kesihatan dan Kecergasan (FIKSI).

Ketua Bahagian Modal Insan) Northern Corridor Implementation
Authority (NCIA), Datin Shahdee Dato’ Ahmad berkata program yang
diadakan itu merupakan inisiatif empowerNCER Akademik @Perak dan
UPSI dalam mengeratkan hubungan di antara sekolah-sekolah yang
terlibat di samping membina jati diri murid-murid untuk terus bertekad
cemerlang dan mengatur strategi untuk mendapat keputusan hala tuju
selepas menduduki SPM 2022.

Sepanjang tempoh itu, katanya, seramai 2750 murid SPM dan 1800 murid orang asli daripada tujuh daerah iaitu Daerah Muallim, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar dan Hulu Perak terpilih mengikuti program empowerNCER Akademik @Perak.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin; Ketua Operasi Yayasan
Petronas, Tengku Noraida Tengku Mahmood, serta Ketua, PETRONAS
Wilayah Tengah dan Utara, Zulkifli Othman.

(Visited 453 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button