Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI tingkatkan kefahaman umum – PM
Hari ini saya meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil seraya diapit hari ini Menteri Komunikasi dan Digital serta Ketua Setiausaha Negara.
Kesempatan ini saya gunakan sepenuhnya untuk melawat ke reruai beberapa kementerian, agensi, syarikat tempatan dan swasta yang terlibat dalam program tiga hari bermula semalam.
Pelbagai tawaran dan tarikan promosi dipamerkan untuk dimanfaatkan ribuan pengunjung selain peluang menyebarluas kesedaran berkaitan dasar dan inisiatif baharu Kerajaan.
Insya-Allah, saya yakin program ini mampu meningkatkan kefahaman umum terhadap hala tuju dasar Kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat.
Saya menggesa rakyat dan pengunjung untuk hadir dan rebut seberapa banyak manfaat dari program penuh bermakna ini!
Kredit: Anwar Ibrahim