Politik

PRN Sabah diketahui 17 Ogos ini

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan Pilhan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan diketahui pada 17 Ogos.

Keputusan itu akan dibuat selepas Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum DUN Sabah ke-16 diadakan di Kota Kinabalu.

Mesyuarat yang akan diadakan pada pukul 9 pagi di The Magellan Sutera Resort itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya.

Ia termasuklah menentukan Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih Terakhir Diperakui.

Justeru SPR dalam satu kenyataan baru-baru ini juga memaklumkan sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan DUN selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) hilang sokongan.

Hal demikian susulan beberapa wakil rakyat berpaling menyokong bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Tindakan tersebut menyebabkan kerajaan diterajui Warisan tumbang.

Bagaiamanapun, Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin perkenan dan mewartakan pembubaran DUN Sabah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button