Politik

ADUN Jeram tinggalkan Bersatu

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Mohd. Shaid Rosli mengambil keputusan untuk keluar Bersatu hari ini dan menjadi ADUN Bebas.

Tindakan itu diambil bersama ahli jawatankuasa bahagian dan ketua-ketua cawangan Bersatu Jeram selepas melakukan perbincangan.

Mohd. Shaid berkata, sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, dia bertanggungjawab dengan mandat dan amanah yang telah diberikan.

Tambahan, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ditunjangi oleh orang Melayu memungkinkan berlakunya rebutan kerusi pilihan raya sehingga berlaku unsur pengkhianatan.

“Maka saya ingin terus bersama dengan mereka yang memberikan mandat kepada saya sehingga mereka membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kami juga merasakan Bersatu sukar untuk membentuk satu gabungan yang bersama dengan Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional, kerana kesemua parti ini ditunjangi oleh orang Melayu. Maka kawasan untuk bertanding akan menjadi rebutan dan berlaku unsur mengkhianati,” kata Mohd. Shaid.

Menurutnya, Bersatu juga telah terpesong daripada pejuangan asal penubuhannya iaitu melawan kerajaan kleptokrasi dan menggantikannya dengan Bersatu sebagai wadah perjuangan orang Melayu.

“Kini kita medapati parti ini sanggup kerjasama dengan individu-individu yang ditolak oleh rakyat ketika Pilihan Raya Umum yang lepas.

“Parti tidak mendapatkan pandangan akar umbi mahupun perwakilan sebelum mengadakan kerjasama dengan gabungan baru itu. Di mana rata-rata ahli di bawah tidak dapat menerima keputusan yang dibuat hanya pada peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi sahaja,” kata Mohd. Shaid.

Beliau berkata, Bersatu Jeram akan terus menyokong kepimpinan dan perjuangan yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir semalam mengumumkan penubuhan parti baru selepas keahlian PPBM diterajuinya sebelum ini terbatal.

Mahathir bersama beberapa lagi yang terbatal keahlian mereka menubuhkan parti baru yang belum dinamakan dan menunggu proses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Beliau yang juga bekas pengerusi PPBM berkata, asas penubuhan parti baru itu mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini, yang lari daripada perjuangan diterajui Muhyiddin Yassin.

“Parti baru ini akan mendokong dasar PPBM ketika ia ditubuhkan iaitu kita akan lawan mereka terlibat rasuah, curi duit, kita lawan mereka. Parti ini juga akan berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan Pribumi. Ini kerana parti berasas kepada Melayu dan Pribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.-SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button