Politik

PRN Melaka: Poster, kain rentang PN dirosakkan

POSTER dan kain rentang milik Perikatan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dilaporkan telah dirosakkan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau telah menerima aduan berhubung kejadian tersebut.

Wan Saiful yang kecewa dengan kejadian itu berkata, insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah mengarahkan jentera pilihan raya PN untuk menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain. Jentera PN sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Laporan akan kami buat kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati ada unsur samseng dalam kempen ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful menggesa supaya budaya samseng seperti itu dihentikan segera kerana tindakan itu mencemarkan perjalanan PRN Melaka.

“Saya menyeru supaya kita berkempen dengan cara yang baik. Janganlah sehingga merosakkan bahan kempen parti lain.

“Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta-merta dan dipadam daripada landskap politik negara,” kata beliau.-SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button