Politik

PRN Melaka: BN tampilkan lebih ramai muka baharu

BARISAN Nasional (BN) akan menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Peratusan muka baru dan orang muda yang akan ditampilkan dalam pilihanraya kali ini, menurut pandangan Isham adalah lebih tinggi berbanding dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

Beliau berkata, majoriti calon adalah berumur di bawah 50 tahun dan calon termuda berumur 20-an.

“Calon-calon veteran juga ditampilkan untuk menyumbang kepada rakyat dengan pengalaman mereka yang luas,” katanya.

Pada hemat Isham, sebahagian besar calon adalah berpendidikan tinggi termasuk golongan professional yang terdiri daripada jurutera, doktor dan peguam.

“Ini adalah salah satu langkah pembaharuan yang dibuat oleh Barisan Nasional dan janji yang dikota untuk mengetengahkan lagi golongan muda dan professional dalam pentadbiran dan politik di samping calon-calon veteran dan berpengalaman untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujar beliau.

Calon-calon adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum dan agama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button