Nasional

PRN Melaka: 1,081 orang undi pos N11 Sungai Udang

PROSES pemeteraian undi pos N11 Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pagi ini berjalan lancar. Ia melibatkan hampir 1,000 kertas undi yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dengan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.

Untuk makluman, undi pos N11 Sungai Udang merangkumi tentera 915 orang, media 3, PPH 6, luar negara 6, 1c 3 orang.

Peti-peti undi pos telah diletakkan dengan pelekat keselamatan dan ejen-ejen yang mewakili calon yang bertanding boleh menurunkan tandatangan mereka di peti-peti undi pos.

Pegawai SPR turut memberi taklimat undi pos bagi N11 Sungai Udang pagi ini.

Sedikit pencerahan apa yang berlaku pagi ini berhubung undi pos ialah proses pemeteraian peti undi dilakukan oleh petugas kerani undi pos, wakil daripada calon-calon yang bertanding.

Ini bagi memastikan ketelusan SPR. Keadaan semasa ketika berlangsung PRU Melaka ketika ini ialah paparan ejen-ejen undi pos sedang memerhatikan proses pemeteraian pengeluaran undi pos.

Undi pos perlu dimohon, bukan automatik oleh petugas kategori 1a 1b 1c.

Kalau nak pergi mengundi pada hari biasa boleh namun ia mengganggu tugas hakiki. Jadi SPR beri kemudahan ini, bukan kewajiban. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button