Ekonomi

Pengambilan untung jejaskan rentak positif Bursa Malaysia

BURSA Malaysia dibuka tinggi sedikit pada pagi Selasa (9 Nov), tetapi menurun selepas itu apabila berlaku pengambilan untung secara sederhana bagi saham wajaran tinggi terpilih selepas kenaikan pada hari Isnin, kata peniaga.

Pada pukul 9.55 pagi, penanda aras FBM KLCI telah susut 2.67 mata kepada 1,532.74 daripada penutup Isnin pada 1,535.41. Ia dibuka 0.14 mata lebih tinggi pada 1,535.55.

Keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 241 berbanding 185, manakala 330 kaunter tidak berubah, 1,521 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 453.28 juta unit bernilai RM234.47 juta.

Penganalisis menjangka pemain pasaran akan berdagang dengan berhati-hati memandangkan pilihan raya negeri Melaka akan datang.


Walaupun aktiviti dagangan kurang memberangsangkan di pasaran tempatan, kami mendapati dana asing telah membeli ekuiti tempatan sejak dua hari dagangan lalu.

Bagaimanapun, mereka menjangkakan bahawa pasaran yang lebih luas akan berdagang dalam mod julat-terikat manakala pelabur sedang memerhatikan data pengangguran dan keluaran dalam negara kasar yang akan dikeluarkan masing-masing pada hari Selasa dan Jumaat.

Sementara itu, lorong perjalanan bebas kuarantin Malaysia-Singapura yang akan dilancarkan untuk warganegara yang diberi vaksin sepenuhnya pada akhir bulan ini, menandakan prospek yang lebih cerah bagi sektor penerbangan, pelancongan dan pengguna.

Pelabur boleh meletakkan diri mereka dalam sektor penerbangan, pelancongan dan pengguna kerana mereka mungkin mendapat manfaat daripada cadangan lorong perjalanan bebas kuarantin.

Selain itu, saham teknologi mungkin menjadi tumpuan berikutan terbitan bonus ViTrox Corp Bhd dan pengumuman pemindahan Pasaran Utama JF Technology Bhd.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) menokok satu sen setiap satu masing-masing kepada RM8.02 dan RM8.31, manakala IHH Healthcare Bhd naik enam sen kepada RM6.57, manakala Public Bank Bhd turun satu sen kepada RM4.03 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut dua sen kepada RM9.65.

Bagi saham aktif, Ecomate Holdings Bhd susut 1.5 sen kepada 47 sen, KNM Group Bhd susut setengah sen kepada 21 sen, Eduspec Holdings Bhd tidak berubah pada dua sen dan Tafi Industries Bhd menokok 28 sen kepada RM3.01.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 20.45 mata kepada 11,344.68, Indeks FBMT 100 susut 19.76 mata kepada 10,977.83, Indeks FBM Emas Shariah susut 26.21 mata kepada 12,372.24, FBM ACE susut 30 dan 23050, FBM ACE turun 26.21 mata kepada 12,372.24 29.31 mata kepada 15,015.65.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.35 mata kepada 202.05, Indeks Perladangan berkurangan 3.97 mata kepada 6,725.19 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 17.20 mata kepada 15,154.09.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button