Politik

PRN: Diari semalam PM Anwar

SLOGAN Kita mesti menang! Dalam tempoh dua minggu berkempen calon-calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang tidak betah duduk setempat.

Melihatkan jadual Perdana Menteri Anwar, beliau umpama ‘terbang’ ke sana ke mari untuk menjenguk kawasan-kawasan DUN yang diletakkan calon-calon PAKATAN HARAPAN (PH) terutamanya.

TETAP disambut meriah ketika Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjenguk DUN Morib, malam tadi. – GAMBAR FACEBOOK

PRN enam negeri pada 12 Ogos ini melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu (ada Parlimen dipertandingkan) Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Diintai Facebook Perdana Menteri Anwar, katanya, seusai program bersama anak muda di Kuantan, Pahang, saya hadir bertemu rakyat di Dun Morib, Parlimen Kuala Langat, Selangor, malam ini (malam tadi).

“Saya membawa mesej yang jelas bahawa kita kini di landasan serta jalur yang tepat membawa perubahan tatkala minat yang dipaculkan gergasi kenderaan elektrik Tesla dan Geely untuk membawa pelaburan berdampak tinggi yang pastinya memanfaatkan golongan muda.

“Atas dukungan kuat teman-teman di dalam Kerajaan Perpaduan, kita kini beroleh kestabilan yang mampu memungkinkan pemacuan ekonomi yang bermakna untuk rakyat dan negara.

“Pedulikan setiap cercaan mereka tapi kita mesti kekal istiqomah bekerja membetulkan kepincangan, menerap budaya dan politik nilai serta melonjak negara ke arah yang bermaruah dan madani,” katanya.

Terdahulu, Anwar hadir pada program ke Temu Anwar Kuantan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).

Program tersebut turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Dalam sesi soal jawab, saya maklumkan, Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan RM5 juta bagi membaiki semua kerosakan yang terdapat di fasiliti-fasiliti pendidikan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negeri Pahang.

“Sayugia, saya percaya, peruntukan khas itu perlu kerana adalah tidak wajar negara terus memacu pertumbuhan ekonomi tanpa menjamin keselesaan pelajar-pelajar menjalani Pendidikan,” ujar beliau.

Seperti biasa, Perdana Menteri Anwar juga singgung gesaan agar generasi muda perlu bijaksana dalam membuat penilaian input atau maklumat yang diterima menerusi platform media sosial dan tidak terus menerima tanpa usul periksa.

Beliau berkata, sementelahan, disebabkan penggunaan media sosial adalah keperluan yang penting maka golongan anak muda perlu dilatih untuk memanfaatkan kemudahan yang diberi. – SM

BACA Anwar tak gentar pembangkang guna isu KWSP menjelang PRN

BACA PRN: Pertukaran calon saat akhir perkara biasa – Anwar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button