Nasional

PRK Pelangai: 59 peratus sudah mengundi setakat 2 petang

Sebanyak 59 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Memetik laporan BERNAMA Kesemua sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dibuka pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 16,383 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu hari ini.
Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh semalam menjangkakan peratusan keluar mengundi hari ini mencecah 75 peratus dengan keputusan dijangka diketahui pada 9 malam ini.
PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button