Prestige V jamu moden buat wanita sibuk
DARI Kajang ke Cyberjaya, syarikat Ahda Wellness yang diasaskan sejak tahun 2020 ini bermatlamat menyediakan produk kesihatan yang berasaskan minuman botani sebagai penyelesaian masalah dari kepala hingga kaki dengan amanah dan kehidupan yang sihat.
Sebelum ini, dikenali sebagai Ahda Prestige, jenama itu mengetengahkan motto produk, “Gaya Hidup Infinitif” iaitu simbol yang mewakili keseimbangan dan fokus untuk mengekalkan kesihatan seseorang, terutama pada individu yang sering terbelenggu dengan kesibukan harian.
Oleh itu, jenama ini memformulasikan suplemen kesihatan yang membawa kebaikan kepada kesihatan badan khususnya buat golongan wanita.
Selepas hadir dengan produk detoks, kini Ahda Wellness memberi perhatian khusus kepada produk makanan tambahan premium atau jamu moden dipanggil Prestige V.
Prestige V dihasilkan dengan 100 peratus bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk keseimbangan hormon wanita. Dikategorikan sebagai ‘superfood’, minuman serbuk botani campuran perisa blackcurrant, kacip fatimah, ekstrak herba manjakani dan EstroG-100. Ia khusus untuk penjagaan ‘aset’ utama diagungkan wanita sejagat.
Menurut Pengasasnya, Dr Hazlina Ali, kehadiran produk berkenaan diharap menjadi penggalak untuk wanita tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap penjagaan ‘aset’ keagungan mereka.
“Produk ini fokus dan khusus kepada masalah kebiasaan wanita seperti keputihan kronik hinggalah ‘miss V’ berbau hanyir, busuk, berlendir hijau dan kuning, kegatalan, keradangan selain haid tidak teratur dan senggugut.
“Ia membantu keseimbangan hormon wanita, mengekalkan kesihatan dan kecantikan semulajadi. Ia umpama kunci kepada kebahagiaan wanita terutama yang sudah berumah tangga dan bergelar ibu.
“Manfaatnya juga membantu mencegah insomnia, kekeringan kulit atau mata, kekeringan faraj, ostoeporosis (tulang rapuh), sakit sendi dan gejala menopaus. Kulit juga makin cantik dan bersih serta mendapat kualiti tidur yang maksima. Malah mampu mengetat dan menganjal aset wanita seperti kembali ke zaman anak dara,” katanya.
Hazlina menambah, pihaknya mensasarkan 20,000 unit (kotak) lagi akan terjual tahun ini.
“Kita mensasarkan 5000 pengguna di kalangan wanita akan terus bertambah hari demi hari. Sebelum ini sejak dilancarkan dua tahun lalu, sudah lebih 30,000 kotak terjual di pasaran.
“Tak ketinggalan, kita tawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 kepada pembeli bertuah. Kempen ini bermula sejak 7 Mei lalu dan akan berakhir 7 Ogos depan.
“Tarikh cabutan dijangka diadakan secara langsung. Sebarang pertanyaan atau mahu membeli boleh di pautan www.wanitaidaman.asia. Harga sekotak kini dengan promosi RM120 (harga asal RM160) dan penghantaran percuma seluruh Malaysia. Manakala pek percubaan berharga RM60 ,” katanya.
Hazlina berkata, produk itu mensasarkan kelompok pengguna wanita dari usia 18 hingga 65 tahun.
“Kita optimis masalah kebiasaan wanita ini mampu ditangani dengan lebih praktikal dan terbaik. Ia juga dalam usaha untuk mengelak berlakunya ‘period’ tak menentu hingga berlanjutan selama lebih sebulan.
“Ia juga mampu menstabilkan emosi terutama ketika negara beralih dari fasa pandemik COVID-19 ke endemik. Stres yang tak perlu itu mendorong berlakunya pertumbuhan jerawat, keguguran rambut dan macam-macam lagi masalah.
“Program penyelidikan dan pembangunan (R&D) ini juga dilaksanakan bertahun-tahun di samping kerjasama dengan kilang. Termasuklah R&D dengan pakar nutrisi lebih lima belas tahun,” katanya.
Hazlina turut menjelaskan, produk berkenaan dijual juga bukan atas paksi keuntungan semata-mata, tapi lebih kepada mendidik dan mahu membantu masalah wanita ditangani dengan positif.
“Setiap orang tentunya akan mempunyai kesan dan hasil yang berbeza semasa pengambilannya. Namun, insya-Allah, hasilnya tetap memfokuskan penyelesaian pemasalah dalaman ‘wanita’ tersebut.
“Ia boleh dibancuh dengan air atau dikemam begitu saja. Sangat praktikal dan mudah dalam membantu kesihatan dalaman wanita. Ia solusi doktor secara semula jadi.
“Dengan satu atau dua ‘sachet’, sudah boleh bikin wanita jadi bertenaga. Produk ini juga dijamin halal dan terbukti selamat kerana mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO),” katanya.
Ketika ini, jualan dibuat secara terus daripada ibu pejabat. Namun bermula bulan Jun 2022, peluang perniagaan akan dibuka semula kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis – SM