BeritaPendidikan

Lima alumni sahut cabaran UniMAP

Lima orang bekas pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyahut saranan pihak universiti dan juga Persatuan Alumni universiti bagi merealisasikan program ‘Giving back to UniMAP, Giving back to society’ dengan membangunkan sebuah kafetaria ‘He & She Coffee @ PTSFP’ dengan interior dan menu menarik serta menyediakan destinasi santai untuk kegunaan diskusi ilmiah warga universiti berkenaan di Lantai Bawah Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP Pauh Putra.

Khairul Azri Kamarudin, Mohamad Hazwan Zahari, Mohd Faizal Moin, Mohd Farhan Tugiman dan Mohd Afif Abdul Rahman menjadi rakan kongsi dengan membuat pelaburan bagi menjayakan restoran berkonsepkan francais tersebut.

Majlis perasmian kafe itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor serta puteri sulung baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Keberangkatan baginda disambut oleh
Naib Canselor UniMAP, Lt Kol Prof Dr Ts Zaliman Sauli dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee, Zulkifli Yusuf serta kepimpinan tertinggi UniMAP.

Untuk rekod, outlet ini yang menerima sokongan penuh daripada pihak Pengurusan Universiti Malaysia Perlis merupakan francais yang pertama beroperasi di negeri Perlis sejak 25 April 2022 yang lalu.

Dalam pada itu, Zaliman memaklumkan, ‘Bagi meningkatkan kesejahteraan warga UniMAP, pihak universiti juga telah merancang untuk menyediakan lebih banyak kemudahan rekreasi seperti pembangunan sekitar tasik Alumni, pembinaan laluan jogging dan laluan aktiviti mendaki. Khusus untuk pelajar, UniMAP akan mewujudkan kelengkapan infra pengucapan awam dan ruang kegiatan pelajar atau student lounge juga akan diwujudkan di setiap fakulti dan kolej kediaman. Kesemua usaha ini sedang berjalan secara berperingkat dan dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun yang akan datang’.

(Visited 687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button