Politik

Presiden sedang menenggelamkan UMNO

TAN Sri Annuar Musa berkata, sejak berakhirnya PAU 2020 Ahad lalu, satu demi satu berita negatif menghimpit UMNO, baik dalaman maupun luaran.
Menurut beliau, tinjauan dalam kalangan rakyat biasa jelas tidak berpihak pada pimpinan parti.
“Dalaman parti juga tidak bertambah kuat. Kenyataan PAS hari ini tentang kedudukan Muafakat Nasional (MN) sudah diduga. MN berkecai akibat pendirian beberapa kerat pemimpin tertinggi yang meletakkan strategi peribadi mengatasi keputusan parti sendiri.
“Kerjasama gelap yang dijalin dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta komitmen menyokong Anwar telah ‘kantoi’ sehingga kita tidak dipercayai kawan, dan diperalatkan lawan.
“Meskipun ada percubaan menyembunyikan perkara itu,ia tetap dihidu oleh semua,” katanya.
Yang pasti dasar NO ANWAR NO DAP, katanya, yang turut menjadi dasar bersama MUAFAKAT NASIONAL telah dilanggari pemimpin parti yang kini membawa kepada luka dan tercederanya MN.
“UMNO perlu segera dirawat. UMNO perlu segera mencari penawar dari diracun dari dalam oleh pimpinan sendiri. Nakhoda sendiri sedang menenggelamkan bahtera yang dilayari.
“Kita belum terlambat. UMNO masih boleh di selamat. Buang dendam kesumat. Jangan lagi berkata kesat. Kawan jangan diipat lipat. Jangan angkuh dengan pangkat,” katanya.
(Visited 1,303 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button