Luar Negara

Presiden Pakistan minta Imran teruskan tugas hingga pengganti dilantik

PRESIDEN Pakistan, Arif Alvi meminta Imran Khan meneruskan tugasnya sehingga perdana menteri sementara dilantik, memetik kenyataan pejabat presiden, semalam.

Situasi politik negara itu mengalami perubahan dramatik pada Ahad lalu selepas usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan tidak diluluskan untuk dibahas.

Timbalan Speaker Dewan Negara, Qasim Khan Suri tidak membenarkan usul undi tidak percaya pembangkang terhadap kerajaan Imran, menyifatkan ia satu konspirasi yang disokong pihak asing.

Bertindak atas nasihat perdana menteri, presiden kemudian membubarkan Kabinet bagi membolehkan pilihan raya baharu diadakan.

Parti pembangkang membantah keputusan Suri.

Shehbaz Sharif, ketua pembangkang dan abang kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif menuduh Imran mendorong Pakistan “ke dalam sistem anarki”.

Pakatan pembangkang menyokong Shehbaz untuk menggantikan Imran sebagai perdana menteri.

Mahkamah Tinggi Pakistan sedang meneliti perkembangan itu.

Imran meminta pihak lawan menerima keputusan pembubaran kerajaan serta mendapatkan mandat menerusi pilihan raya awal.

Terdahulu, Imran telah digugurkan daripada jawatan Perdana Menteri selepas pembubaran Parlimen pada Ahad lalu, selari dengan perlembagaan negara, menurut Kabinet. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button