Nasional

Kereta terlibat kemalangan, bergurau tak kena tempat

GURAUAN yang mengundang padah apabila pemandu kereta jenis Proton Wira mencabut stereng quick release ketika memandu yang menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan ringan.

Satu video tular apabila sebuah kereta yang dipandu terbabas dan masuk ke dalam longkang gara-gara bergurau ketika memandu di jalan raya.

Kejadian yang dirakam dan dimuatnaik di akaun Tiktok melihat pemandu kereta berkenaan gagal memasang balik stereng yang dibuang ketika memandu dan menyebabkan kereta hilang kawalan sebelum terbabas.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video yang dikongsi melalui akaun tiktok milik rakan mangsa itu berjaya menarik perhatian ramai kerana menganggap tindakan mereka yang sengaja mencari penyakit.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu dan elakkan sebarang aksi yang boleh membawa padah. – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button