KesihatanNasional

543 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital

Kapasiti ICU 27%

SEBANYAK 543 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM). Daripada jumlah itu, sebanyak 317 kes atau 58.4% dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 226 kes atau 41.6% adalah Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 110 kes diikuti Perak (61) dan Johor (60).

Sementara itu, sebanyak 558 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 876 atau 27% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di dua negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah di Kuala Lumpur sebanyak 60% dan Perlis (55%).

Sejumlah 140 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 16% daripada jumlah keseluruhan.

Tiada kluster baharu dilaporkan semalam.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.86.- SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button